Hye. Yang baca entry ni mesti salah seorang peminat kartun kan, tak kira muda tua kecik besar. Jadi entry kali ni farhan nak bagitahu movie kartun yang farhan suka. Ada movie lama dan movie baru. Layann je la hihi.
5. Wreck -It Ralph (2013)
Semua karekter berasal dari game. Ralph diprogramkan didalam game Fix-it Felix untuk memusnahkan harta benda dalam game sehinggalah tahun yang ke 30. Ralph bosan kerana Ralph diprogram sebegitu menyebabkan Ralph tidak rapat dengan karekter yang dalam game sama dan sebab itu Ralph tidak dijemput ke majlis untuk meraikan ulang tahun ke 30.Ralph cemburu melihat Fix-it disambut gembira oleh karekter lain. Ralph cuba berubah menjadi baik. Ralph lalu bertekad untuk mendapatkan sebuah medali seperti yang selalu didapatkan oleh Fix-It Felix untuk membuktikan pada karekter lain bahawa dirinya juga mampu menjadi seorang pahlawan.Ralph kemudian secara diam-diam menyelinap ke sebuah permainan video lain yang bertema peperangan, Hero’s Duty, untuk memulai usahanya dalam meraih sebuah medali. Seperti yang dapat diduga, Ralph mulai mengacaukan struktur permainan video Hero’s Duty.Namun di permainan video Sugar Rush-lah Ralph kemudian bertemu dengan karakter bernama Vanellope Von Schweetz yang menjadi sahabat barunya.Bersama dengan Vanellope, Ralph belajar banyak hal tentang kehidupan.Kemudian berlaku sesuatu pada game nya kerana kerekter ralph tidak ada dalam game dan dianggap rosak, Selanjutnye, tengoklah movie
4. Toy story (1-3)
Kisah mainan. Tuannya gembira bermain dan ada cabaran kepada mainan kerana ingin dirosakan oleh orang lain. Seterusnya dijual dan akhir sekali Andy sudah besar dan tidak bermain mainan lagi. Bagaimana mereka hadapi cabaran cabaran ini. Tengok je
3. Hotel Transylvania (2012)
Hotel untuk tempat tinggal monster saja dan jauh dari ancaman manusia. Tuan hotel ialah Darcula yang mempunyai anak perempuan bernama Mavis. Suasana biasa di dalam hotel sehinggakan seorang manusia bernama johnathan termui hotel dan Darcula takut penginap hotelnya tahu ada manusia dan lari. Jadi Darcula merahsiakannya.semua monster menyukainya.Manusia terserempak dengan Mavis dan ada hati satu sama lain. Bagaimana pun akhirnya rahsia terbongkar dan menyebabkan Mavis kecewa. Semua monster ingin keluar dari hotel. Darcula menyesal dan mencari penyelesanyan agar anaknya Mavis tidak kecewa .
2. Tangled (2011)
Perempuan yang bernama Rapunzel dikurung oleh emaknya di dalam menara tinggi dan tak boleh keluar. Sehingga seorang lelaki yang diburu
Datang membawa keluar tetapi dapat tentangan oleh emaknya, Rapunzel keliru dengan kisah silam menyebabkan mengetahui kebenaran masa silam dan keluarga sebenar.
1. Frozen (2013)
Jalan cerita dia best dan lagu. Kisah satu keluarga 2 anak perempuan yang bernama Elsa & Anna tinggal di istana. Elsa mempunyai kuasa ais sejak dari kecil dan kuasanya menyebabkan adiknya tercedera. Ibubapa membawa Anna berjumpa dengan troll untuk sembuhkan Anna,dengan bantuan troll Anna sembuh tetapi lupa yang Elsa mempunyai kuasa Ais. Sejak itu Elsa terpaksa merahsiakan kuasanya dari semua orang termaksuk adiknya Anna. Hubungan Elsa dengan semua orang renggang termasuk adiknya Anna.
Pada hari pertabalan Elsa sebagai permaisuri baru, Anna sangat gembira kerana dapat berjumpa orang ramai dan sebaliknya bagi Elsa kerana ramau tetamu datang menyebabkan Elsa berasa takut jika tidak dapat mengawal kuasa. Ketika Anna berjalan-jalan , Anna terjumpa dan berkenalan dengan putera dari istana lain. Hubungan Anna dan Putera itu rapat dan mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi tidak direstui Elsa kerana Anna dan putera baru kenal. Anna kecewa lalu mengatakan ia cinta sejati dan desak Elsa menyebabkan Elsa marah dan terkeluarkan kuasa ais. Semua terkejut.
Elsa melarikan diri. Kuasanya menyebabkan musim panas bertukar salji. Anna kesal dan rasa bersalah lalu pergi mencari Elsa, dalam pejalanan terjumpa kedai. Elsa pergi ke kedai- untuk mencari barang dan seorang pemuda juga datang ke kedai. Anna meminta tolong dia untuk mencari Elsa. Apabila berjumpa Elsa, Anna memujuk tetepi Elsa enggan dan mengeluarkan kuasa ais dan terkena pada hati Anna. Anna semakin membeku dan hanya cinta sejati mampu ubati. -Ops. Tengok la cerita untuk selanjutnya
Posted via Blogaway
No comments: